Hujan..

Jika Anda selalu berfikir tatkala hujan sedang turun, Anda pasti akan
dapat menafsir beberapa motivasi tersirat di sebalik titisan-titisan
hujan. Hujan ada dugaan tersendiri.
Apa dugaannya hujan?
Halangan. Halangan kepada perjalanan, halangan kepada aktiviti kita.
Dalam usaha kita menuju kejayaan, halangan sudah pasti. Dugaannya hujan
adalah halangan. Kesejukan menjadi dugaan utama ketika kita meredahi
hujan, terutama tanpa payung serta tanpa ada tempat berteduh.
Selepas itu, dugaannya hujan adalah basah.
Sesiapapun tak suka basah mahupun dibasahkan tanpa kerelaan. Begitu
juga dugaan. Kita pun sendiri tak suka dengan dugaan yang muncul tanpa
kerelaan kita, kita tak suka di duga tanpa kerelaan kita. Kita jadi
benci.
Bila di hati kita sudah tekad mahu berjaya, kita mesti
sabarkan hati kemudian tempuh dugaan itu. Makin kuat tekad kita, maka
akan besarlah cabaran di hadapan kita. Makin sukarlah dugaan sedia
menanti di depan kita.
Hujan hanya sementara. Begitu juga dugaan, hanya sementara.
Tiap kali Anda di landa dugaan, tempuhinya dengan sabar. Yakinlah dugaan sifatnya hanya sementara, seperti hujan.
No comments:
Post a Comment